DIAMBIL DARI www.myBae.com
Apakah itu BAE?
Bio-Activated Energy (BAE) merupakan satu bentuk tenaga yang tulen dan semulajadi yang berasal dari Matahari. BAE mampu meneutralkan radiasi yang berbahaya dan menukar sifat bahan-bahan yang lain. Produk BAE didapati menguatkan medan tenaga biologi (Biological Energy Field) pengguna
Siapakah yang menemui BAE?
BAE dijumpai oleh sekumpulan ahli sains yang sedang membuat kerja penyelidikan lebih dari 20 tahun yang lalu. Salah seorang dari pasukan tersebut, En. Muslim Liew, kini menjadi seorang pengarah di BAE International Inc. Sdn. Bhd.
Sejak bilakah produk BAE berada di pasaran di Malaysia?
Produk BAE telah berada di dalam pasaran di Malaysia sejak tahun 1994. Masa itu, produk BAE diedarkan oleh syarikat luar. BAE Trading Sdn. Bhd. mengawal produksi produk BAE manakala BAE International Inc. Sdn. Bhd. kini berperanan dalam bahagian jualan dan edaran.
Apakah perbezaan antara BAE dengan Far Infrared (FIR)?
Berbanding dengan FIR, BAE jauh lebih berkesan dari segi bentuk tenaganya dan juga kegunaannya. Gelombang FIR yang lebih pendek bermakna ia hanya boleh disebati ke dalam bahan-bahan yang sesuai untuk membuat pakaian luaran, tidak seperti BAE yang boleh dimasukkan ke dalam bahan yang lain termasuk cecair, krim, ubatan minyak dan juga makanan. BAE lebih tulen dan kaedah memprosesnya juga memerlukan pengetahuan teknikal yang lebih tinggi. BAE dan FIR berada di dalam kelas / kategori yang berbeza sama sekali.
Apakah faedah BAE kepada saya?
Pengguna BAE menikmati kesihatan yang lebih baik, medan tenaga biologi yang seimbang dan tahap tekanan hidup yang lebih rendah.
Bagaimanakah BAE berfungsi?
BAE menguatkan kesan terapeutik produk kita dari segi biologi dan fizikal untuk membawa manfaat yang maksimum kepada pengguna BAE. Sila rujuk kepada laman utama Buku Panduan ini.
Apakah keistimewaan produk BAE?
Produk BAE membawa kesan yang mengkagumkan di dalam berbagai jenis aplikasi; dari perubatan ke prestasi enjin motor, dari pencegahan pencemaran ke prestasi seksual! Di dalam semua aplikasi yang berlainan ini, hanya kuasa BAE sahaja yang konstan.
Bagaimanakah BAE boleh diukur atau diperhati?
Kesan BAE lazimnya boleh dirasa oleh pengguna dalam masa yang singkat setelah menggunakan produk BAE. Kamera GDV juga boleh digunakan untuk mengukur kesan BAE.
Adakah apa-apa kesan sampingan jika menggunakan produk BAE?
Produk BAE tidak mengakibatkan apa-apa kesan sampingan melainkan kesan yang bermanfaat kepada kesihatan. Seseparuh golongan mungkin mengalami krisis penyembuhan (healing crisis) setelah menggunakan produk BAE.
Apakah itu krisis penyembuhan (healing crisis)?
Krisis penyembuhan adalah satu tindakbalas positif badan manusia setelah menggunakan produk BAE. Badan manusia akan bertindak balas terhadap penyakit dan cuba untuk menyingkirkannya.
Apakah jangka hayat produk BAE?
Untuk menikmati kesan dan manfaat yang paling optimum, gunakan dalam masa 2 tahun.
Berapakah lama untuk merasa kesannya?
Ini bergantung kepada individu. Sesetengah orang merasa kesannya dengan serta merta sedangkan yang lain mungkin lebih lama, adakala 1 hingga 3 bulan.
Bolehkah BAE digunakan untuk mengenalpasti, menghindar, merawat dan menyembuh dari penyakit?
Produk BAE meninggikan tahap kesihatan umum pengguna, hasilnya badan pengguna lebih kuat menentang penyakit, dan sembuh lebih cepat sekiranya jatuh sakit.
Bolehkah saya menggunakan produk BAE dalam mana-mana kombinasi?
Semua produk BAE boleh digunakan serentak.
Adakan anda mempunyai pelanggan yang puas hati?
Sejak mula beroperasi di Malaysia pada tahun 90'an, BAE telah pun mengumpul ramai pengguna setia yang sungguh berpuas hati dengan produk BAE. Tanpa rekod cemerlang ini, BAE International Sdn. Bhd. tak mungkin membuat kenyataan sebegini.
Adakah mutu produk dijamin?
Semua produk BAE dikeluarkan oleh syarikat bersekutu BAE International Sdn. Bhd. di mana pengeluaran dibuat di bawah Piawaian GMP dan menjalani kawalan mutu yang ketat. Produk BAE juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan sekiranya diperlukan. Dan sebagai perlindungan ekstra, anda menikmati jaminan istimewa untuk semua produk BAE.
Bolehkah saya menggunakan produk BAE bersama ubat saya?
Produk BAE berfungsi dengan mengimbangkan medan tenaga badan ke tahap yang optimum untuk memanfaatkan kesihatan. Ini tidak akan menjejas atau mengganggu fungsi ubatan, malah membantu dalam proses penyembuhan. Untuk kepastian, sila hubungi pasukan pembantu pengguna di BAE.
Adakah produk BAE sesuai digunakan oleh golongan bayi, wanita hamil dan wargatua?
Produk BAE selamat dipakai oleh semua individu tak kira umur.
Apakah kesan "sebelum" dan "selepas" bila menggunakan produk BAE?
Secara dasarnya, BAE mendatangkan kesan ke atas aura pengguna. Sila rujuk bahagian Laporan GDV untuk maklumat lanjut.
Apakah itu Aura?
Aura merupakan medan tenaga biologi (biological energy field) yang mengelilingi segala objek bio.
Apakah kaitan Aura dengan kesihatan saya?
Corak aura yang tidak seimbang menandakan kawasan bermasalah di dalam kesihatan badan seseorang.
Bagainamakah untuk mengukur Aura?
Aura boleh diukur dan direkod dengan menggunakan kamera GDV.
Apakah itu "Kirlian Effect" ?
"Kirlian effect" merujuk kepada cahaya kilauan yang muncul sekeliling subjek kajian bila ia dimasukkan ke dalam medan elektrik yang kuat. Kamera GDV menggunakan prinsip ini untuk mengukur aura.
Apakah itu Kamera GDV?
Kamera GDV adalah alat yang digunakan untuk mengukur aura dan tahap tekanan hidup (stress level) manusia. Ia dicipta oleh pakar fizik terkenal dari Rusia, Dr. Konstantin Korotkov.
Apakah itu Tahap Tekanan Hidup (Stress Level)?
Ia adalah ukuran tahap tekanan seharian seseorang yang dibuat oleh kamera GDV. Ia dikira berdasarkan aura menggunakan program komputer alat GDV.
Siapakah Dr. Korotkov?
Dr. Konstantin Korotkov adalah pencipta kamera GDV. Untuk keterangan lanjut sila rujuk kepada laman utama Buku Panduan..
Siapakah Dr. Krizhanovsky?
Dr. Edward Krizhanovsky adalah rakan sekerja Dr. Korotkov dan juga Perunding Teknikal di BAE International Sdn Bhd. Untuk keterangan lanjut sila rujuk kepada laman utama Buku Panduan.
Apakah itu medan tenaga biologi (Biological Energy Field)?
Ia merupakan hasil interaksi yang rumit antara medan fizikal dan radiasi seperti medan elektromagnetik, medan graviti, medan akustik, medan molekul dan lain-lain. Ia terbentuk apabila badan objek bio berinteraksi dengan persekitaran dan membawa berbagai maklumat mengenai objek bio tersebut.
Kamis, 13 September 2007
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar